Selamat Datang di Blog Surau Al-Falah Kg Andap Bangau Kudat

MAKLUMAN

ASSALAMUALAIKUM,KELAS PENGAJIAN AL-QURAN TELAH DIJADUALKAN PADA SETIAP RABU DAN JUMAAT PADA WAKTU MALAM,PENGAJIAN INI TERBUKA UNTUK SEMUA MASYARAKAT ISLAM SETEMPAT TIDAK KIRA TUA ATAU MUDA..Misompuru Tokou Sid Islam..

Isnin, 4 Ogos 2014

8 Pesanan untuk Saudara Baru yang Baru Memeluk Islam


1. Jadilah seorang daie (pendakwah), sebarkan Islam walaupun kita hanya mengetahui dua kalimah syahadah. terutama kepada ahli keluarga dan sahabat terdekat. Ceritalah apakah kemanisan yang anda perolehi setelah memeluk Islam. Kongsikanlah pada ahli keluarga dan sahabat-sahabat anda yang boleh menerima anda dengan baik sebagai Muslim.






2. Belajarlah agama Islam, Al-Quran dan Bahasa Arab. Belajarlah dengan rajin datang ke kelas agama atau kelas maghrib di masjid/surau atau kelas asas fardhu áin di sekitar tempat tinggal anda. Ilmu itu penting sebab kami di Hidayah Centre nakkan semua saudara-saudara baru memeluk Islam dengan ilmu yang baik dan waras kenapa memilih Islam sebagai jalan hidup kita.
Image
3. Solat berjamaah di masjid/surau : kerana kita akan menemui mereka yang baik akhlaknya di dalam masjid. Ini lebih dituntut kepada saudara baru yang lelaki. Rajinkanlah dirimu melangkah ke masjid & surau untuk solat 5 waktu sehari semalam. Banyak pelajaran yang diperolehi apabila solat berjamaah di masjid/surau.
Image
4. Carilah sahabat yang baik : kerana sahabat yang baik akan menjadi cermin kepada diri kita di samping akan membimbing kita ke jalan yang lurus.
5. Taati kepada ibu bapa: selagi mereka tidak menyuruh kepada kekufuran. Tunjukkan akhlak yang baik dan kita menjadi lebih baik apabila kita memeluk agama Islam.
Image
6. Sentiasa bersabar : Kerana ujian Allah pasti akan berlaku kepada mereka yang telah menemui hidayah Allah s.w.t.
Image
7. Banyakkan berzikir yang ringkas seperti Lailaha il laLlah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar : ini membantu kita menghadapi gangguan syaitan yang direjam.

Image
8. Carilah guru yang baik yang akan membimbing kita ke jalan yang benar.
Banyakkan berdoa kepada Allah swt: agar Allah sentiasa memelihara iman kita.
Credited to Hidayah Centre Bandar Tun Razak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan