Selamat Datang di Blog Surau Al-Falah Kg Andap Bangau Kudat

MAKLUMAN

ASSALAMUALAIKUM,KELAS PENGAJIAN AL-QURAN TELAH DIJADUALKAN PADA SETIAP RABU DAN JUMAAT PADA WAKTU MALAM,PENGAJIAN INI TERBUKA UNTUK SEMUA MASYARAKAT ISLAM SETEMPAT TIDAK KIRA TUA ATAU MUDA..Misompuru Tokou Sid Islam..

Selasa, 29 Julai 2014

Warna-Warni Sambutan Hari Raya Di Surau Al-Falah Kg.Andap Bangau Kudat

Persiapan Belia Beliawanis Surau Al-Falah Untuk Menyambut Hari Raya dengan membakar lemang dan ketupat dan yang lainya Bertakbir.

Suasana Bertakbir Sebelum solat Sunat Aidilfitri.



Jamuan Selepas Solat Sunat Hari Raya.


Isnin, 21 Julai 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA UMAT ISLAM SETEMPAT DAN KUMPULAN QASIDAH SOUTUS SYAHIDI

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tempat:Surau Al-Falah Kg Andap Bangau Kudat
Tarikh:19 Julai 2014 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1435 H

Majlis seperti ini dapat membuka mata beliabeliawanis,apa itu hiburan ke arah yang lebih Islami.
Majlis ini dianjurkan oleh Belia Beliawanis Surau Al-Falah Kg Andap Bangau,dihadiri oleh umat Islam dari kawasan setempat,atas sokongan dari AJK Induk Surau dan beberapa individu yang memberi sumbangan idea,tenaga mahupun kewangan,jutaan terima kasih daripada Persatuan Belia Beliawanis Surau Al-Falah Kg Andap Bangau Kudat.
          Setinggi Penghargaan Buat Kumpulan Qasidah Soutus Syahidi yang turut kami undang dalam menjayakan majlis berbuka puasa ini,dari kumpulan Belia Beliawanis di Surau Al-Falah sangat bersyukur walaupun ini adalah majlis yang tidak besar di mata kasar,namun ianya sangat bermakna di hati kami.In Shaa Allah.

Di sini saya kongsikan serba sedikit sisipan gambar untuk tatapan kita  bersama..











Warna Warni ini di kongsi bersama agar semangat Belia Beliawanis Surau Al falah akan lebih berkobar kobar untuk menganjurkan acara yang akan datang.
Saya wakil dari rakan-rakan Belia Beliawanis mengakhiri tulisan ini dengan pepatah "Kalau Bukan Kita Siapa Lagi dan Kalau bukan Sekarang Bila Lagi"

"INDAHKAN TALI PERSAUDARAAN KITA"

Ditulis Oleh:Biro ICT BeliaBeliawanis S.Al Falah Kg Andap Bangau Kudat.

Selasa, 15 Julai 2014



6 Penawar Sakit Hati Terbaik Yang Diajarkan Rasulullah


sakit hati

Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya.
Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat.
Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.
Apatah lagi, manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan.

Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam.
Dari masalah yang simple hingga masalah besar, dapat menjadi penyebabnya.
Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.

Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.

Na’udzubillaahi mindzaalik.
Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?

Antara petua – petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati adalah :

1. Muhasabah Diri

Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata – kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian.

Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.


2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki


Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.

Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli.

Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan – angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya.

Demikian sifat iri hati dan dengki.

Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini.

Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang. Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki menghilang


Rasulullah bersabda,

“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).



3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.


Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.

Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”


4. Memupuk Sifat Pemaaf.


“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.

Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya. Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.

Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.

Rasulullah bersabda,


“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.” (HR. Hakim dan At-Tirmidzi).




5. Husnuzon (Berprasangka Baik).

Allah berfirman:

“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.” (QS. Al-Hujurat : 12).

Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain.

Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.

Tentu, perkara ini yang tidak benar.

Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.


6. Ikhlaskan Diri.

Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah.

Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.

Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar.

Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya.

Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah,

Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga.

Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain.

Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..




Segalanya yang baik datangnya dari Allah SWT,perkongsian ini adalah untuk renungan bersama dan jika terdapat kesilapan dari isi dan huraian mohon diperbetulkan..In shaa Allah..

"INDAHKAN TALI PERSAUDARAAN KITA"

credit to akuislam.com